Cuti-cuti Umum Cuti

Cuti Umum atau Cuti Awam adalah cuti yang diiktiraf oleh sesuatu negeri. Cuti-cuti umum boleh jadi cuti keagamaan, dalam kes tertentu mencerminkan agama yang utama di sebuah negara, atau sekular, dalam kes tertentu biasanya berbentuk politik atau sejarah. "Cuti Umum" (Public Holiday) adalah terma yang digunakan di Australia dan "Cuti Perbankan" (Bank Holiday) di UK — walaupun sesetengah industri di UK bekerja pada hari Cuti Perbankan — sementara "Cuti Awam" adalah terma yang paling kerap digunakan di Amerika Syarikat walaupun "Cuti Perbankan" diketahui oleh kebanyakan mereka merujuk kepada fenomena yang sama.

Terdapat banyak protes di Perancis, apabila kerajaan Perancis mengeluarkan cuti umum di dalam bulan Mei kerana banyak kematian yang diakibatkan oleh gelombang haba pada hari tersebut dua tahun sebelum itu. Kebanyakan orang mengambil sikap tinggal di rumah.[perlu rujukan]